paste html code
counter

Sunday, August 31, 2008

September Come.. Artist Of the Month?

Memang seperti lazim nya Artist of the month sepatutnya di calon kan dahulu tapi kerana tidak ada banyak bahan untuk mencalonkan pemain. Maka game hari ini ( Senin 1 sept 4pm), akan mencari Mr Ramadhan! AoM Septemeber. So.. Main lah karang dengan semangat. Aman akan Mencalon kan AoM nanti.

"Ramadhan yang Bererti"

The Truth Is Out There

Get your Clues collected.. Aku ada mystery untuk kalian selesaiakan.
Case file #1: Missing Person- Api


  • Tidak kelihatan sejak hadir nya Dark knight.. Tapi mengikut kajian, dark knight bukan lah beliau.. Kenapa beliau menghilang?? Dimana??

  • Ada suara baru timbul arah chat box.. aLai..hehe ( jgn marah..).. he/she/it (haha) cuma kenal aman dan apai.. Kumpulan Kawan yang ganji.. maksud kul kalau aman dan ebui saja ia kenal.. atau api dan bahar.. memang difahami.. ani aman dan api..hehe Apakah Api ini aLaI !! mungkin kah? hilang nya Api kerana aLai? Atau ada persengketaan di antara aman dan api lagi? Ada kah Kes Tipu Api-Aman masih bertambah??

  • Hasbul dan Nawi, dua beradik ini juga melapor bahawa tidak pernah nampak Api di jalan simpang mereka sejak ahir ahir ini.. Si nuar (adik Api) ada pulang selalu keliatan.. Yang dulu nya si Nuar jarang kelihatan, selalunya ada Si Api yang pejalanan ane... Apakah berlaku nya pertukaran jasad? macam cerita freaky friday lakonan lindsay lohan? (atau Hot chicks lakonan Rob Schneider)..Sepupu nya sendiri Awang Ede Samsu @ Bb, juga mengaku tidak nampak batang hidung sepupu nya yang notorious ini.

  • Di saat genting ini juga, ramai yang injured di kampung, mangsa terakhir adalah Ebui.. Mulitple injury.. Siapa kah yang membuat Ebui menderita? Ada kah Api ada berkaitan dengan perbuatan ini, lalu menghilang, kerana rasa bersalah?

  • Patut kah di kait kan Hadri dalam kes ini? Selalu nya memang mereka berdua ini bergelut seharian kalau betamu.. Seperti kucing dan kucing yang baru tejumpa. Tapi kadang-kadang jika dilihat, mereka ini mesra jua.. macam Sasuke dan Naruto dulu, kawan yang suka begalut..hehe

  • Season BolaSepak di Europe juga telah bermula.. Api yang pernah di sangka Gio Van Bronchost dan etc juga mula hilang.. apakah sebenarnya personality dan identity "Api" ada lah identity waktu percutian beliau.. Apakah Api equal to Gio???

  • Ramadhan Juga menjelang.. Api menghilang.. Syaitan dikurung... Api dimana??? Mmmmmm
Setakat ini keberadaan Api masih menjadi misteri.. Saya ingin tahu pandangan awda semua untuk mengcrack case ini.

Ramadhan yang Bererti"


Friday, August 29, 2008

Berehat lah Dengan Tenang : Ebui

In memory of Ebui..
C Ebui ketika ini yang mengalami kecedraan yang Parah.. Ankle nya dua dua melatup bagai badil di hujung ramadhan. Lutut nya yang terpaksa di operate plastic supaya makin hensam hehe.. Lutut nya stampik besiruk untuk mengeluarkan kuasa jahat di dalam nya. Wrist kanan beliau juga yang mungkin ada keretakan akibat di sliding time belawan.. Mungkin terlalu hensam hingga tangan nya kana sliding.. Rambut panjang nya berputusan menjadi pendek akibat kekerasan dunia kepada nya.. Tapi penampilan baru ebui, pasti lebih menggiurkan para gadis gadis, mahupun jejaka yang tidak berpendirian.

Kami tidak tahu dimana Ebui menjalan kan operation beliau. Mungkin di rumah sendiri, Atau Jumpainya liau hadri.. Atau hospital.. Tidak tahu~
Kasian Ebui, seperti bunga di tepi jalan.. indah tapi kasian.. Dan jika Ebui masih dapat surfing blog ani, cuba tah kau jumpai Liau Apai.. Ia atu Orang pendidikan jasmani, ku dangar pandai tu ia atu meniup niup.. (* blog ini hampir musnah apabila di pantak beliau, tapi nasib C aman, Hasbul dan Hadri ada doa pelindung kebalikan arah nya.. hehe)
Walaubagaimana pun Ebui tetap yang paling Hensam Physically dan mentally, Zahir dan Batin nya. Ini adalah sedikit gambar gambar beilau untuk peringatan dan kemahiran ku menciplak lagu untuk mu bui..

NAMA:Tolong Tia Betahu kan Ebui

Bagaiman lagi yang harus ku katakan,
bila aku tak mampu lagi berbohong pasal keadaannya

Lalu apa lagi yang harus ku katakan~~
Saat Ebui injured dan sakit lagi untuk sekian kali nya,

Untuk sekian kali nya, Untuk sekian kalinya~~~

Tak kan lupa kami akan c ebui,
mendoa kan Ebui, Mengigatkan Ebui.
Walau apa pun yang Terjadi nanti~

kami akan selalu, memuji c ebui, kami akan selalu merawat Ebui disini..
Semakin hari terbangun, kami memikir kan mu (ulang 3x)
Semain hari terbangun, Ebui kan pulih jua~~~~~



Lagu asal: Tolong jangan beri tahu niah (sheila on 7)
By: Anak Kampung

"Usaha Doa dan Tawakal"

Ramadhan

Seperti nya baru jua belum lama kita menyambut hari raya.. Sekarang Ramadhan muncul lagi. Sama ada masa berlalu literally makin laju atau aku yang inda terasa masa bergerak. Tapi kalau liat jam tangan, masih jua sama speed of a second. So masa inda semakin laju..hehe its just, semua orang semakin sebok, hingga masa sepertinya begitu pantas berlalu.

Banyak Kaedah kaedah berpuasa, dan banyak peluang di berikan di bulan yang Suci ini untuk meningkatkan amalan. Saya akan membiar kan Authors lain mengupas topik ini. (API buat post mu aa.. jadi ka?)

Teringat kembali pada Ramadhan yang sudah. Di mana Penggempur masih lagi segar. Di setiap Petang Sebelum sungkai, bermain bula dengan gembira dan rasa lapar. Bahar, Azlan, Aji, Aman, Api, BB, Hasbul, Hadri, Nawi, Ebui.. Siapa g lagi... yang penting nya ada lah cukup composition 5 lawan 5 atau 4 lawan 4. Tapi bulan ani ada kah ne?

Bahar dan Azlan yang baru baru ini mendiri rumah tangga setentu nya mempunyai agenda sendiri. (maksud ku drg kawin udah sama wanita pilihan mereka.. ukan Bahar dan Azlan yang kawin sama sendir..hahahaha) Nawi dan Amin di pertengahan September akan pergi k UK lagi.. Ebui injured sampai ntah tidak ada yang tahu. Api nda ku pandai tejumpa lagi batah batah ani. Ke UK tia kali udah ngambil master..

Pernah jua, malam selepas terawih, Main futsal di MTSSR.. atu lagi ramai hahaha. Pagar bekunci pun dapat di unlock pakai master key cikang..hehe Tapi oleh kerana padang sana bebayar tia dan pemain pemain mula berkurangan, mungkin option atu payah kan di implement lagi.

Walaupun bulan Ramadhan menaruh kita untuk berlapar, dahaga dan perkara yang membatalkan puasa. Tapi kita adalah penggempur.. inda kan hibernate macam Beruang. Harus kah kita bernyayi:

Summer has come and pass
The air is sinking Never last
Wake me up When September (Ramadhan) Ends


Isikan lah masa Ramadhan mu dengan amal jariah.. Bangun lah semangat Ramadhan.. "Hidup" lah di bulan yang suci ini dengan ceria.


"Usaha, Doa dan Tawakal"

Sunday, August 24, 2008

Kemana Hilangnya Semangat Sang Penggempur??

Hari demi hari, keadaan padang Mcfarm semakin sunyi... Dulunya.. padang itu sentiasa di warnai dengan gelak ketawa.. sumpah menyumpah.. puji memuji.. dan bermacam lagi karenah yang dapat dilihat atau pun didengar daripada ulah-ulah setiap individu sang penggempur..

Sekarang suasana seperti itu tidak lagi kerap kita dengar mahupun kita lihat.. tiada lagi sorakkan.. pujian.. gelak ketawa seperti selalunya. Di mana kah semangat para penggempur sekarang?? adakah ini tanda bahawa zaman para penggempur akan jatuh?? di mana living legend?di mana raising star?di mana ashavin?di mana pemain kebangsaan?di mana awg hensam??di mana legend of speed??di mana semua penggempur??mungkin mereka saja yang tahu hal sebenarnya,mungkin juga para penggempur mempunyai komitmen lain yang perlu dibuat terlebih dahulu..

Sebagai anak jati kampung,marilah kita bersama-sama meningkatkan,mendisplinkan atau memotivasikan diri kita untuk lebih maju kehadapan demi kemajuan kampung kitani..

" Usaha Doa dn Tawakal "

Thursday, August 14, 2008

Api= (dossena + skrtel +pepe) x( Gio + Ronladinho) x 1/4 ebui

Untuk tatapan para pembaca blogger sama ada penggempur mahupun yang lain. Saya telah menyusun gambar gambar berikutan atas calculation imbasan gambar c api sama ada physically atau on the pitch. Lets have fun! Mcm Mariah carey buat E= mC2. Ane versi penggempur.

Api jika di kira-kira, physical nya (sekarang dengan rambut yang gundul), cara bermain, formula awang lanyau adalh seperti berikut

Api= (Dossena+Skrtel+Pepe)x (Gio+ Ronaldinho) x 1/4 Ebui


Andrea Dossena

(left footed, left back, rambut)

Martin Skrtel
(rambut, garang)

Pepe
rambut, karasness


Gio
Paadian nya pakah kan sama hantap

Ranaldinho
Skill, attitude

Ebui
tapi cuma 1/4 hensam dari ebui

dan terlihatlah Api
(dossena+Skrtel+Pepe)x(gio+ranaldinho)x 1/4 Ebui

Sunday, August 10, 2008

Pertempuran Di UBD!

10 ogos,5pm ptg.. penggempur telah bertaung dengan pasukan anak bimbingan nursing collage. Para penggempur telah menurunkan kesebelasan pemain utama iatiu:

1.Saiful(GK)
2.Morni
3.Maiji
4.Nawi
5.Fendi(bukan faruk)
6.Haji Aji
7.Bibi
8.Riman
9.Hasbul
10.Aman
11.Mamud

dengan kesebelasan pemain ini,penggempur telah menggunakan taktik 4-4-2. Di awal babak pertama,para penggempur banyak melakukan asakkan yang memberangsangkan. Gandingan aman dan mamud nampak yakin,tetapi telah dihalang dengan baik oleh pihak lawan. pada minit yang keberapa.. aku pun nda tau.. hasil pasingan riman@requelman yang kemas(tapi perasaan ku macam offside jua c mamud ni hahaha.. tapi ref nada meniup jadinya diteruskan lah.. dengan larian yang kurang meyakinkan tapi lapas jua ulih si mamud.. ia pun mengoalkan dengan tidak sengaja lah(ia gto aku yg ia taget arah lain tapi arah lain tujunya) hehe. Selepas beberapa minit,mamud pun betukar dengan am. Serangan penggempur makin maju,hasil gandingan hasbul dan aman.. aman melakukan pasingan yang cantik untuk am dan ahirnya am berjaya menggoalkan(tapi banyk kontroversi sal ada yang meliat ia score ujung kaki,tapi am menafikannya.. atu hal besia lah). Penggempur semakin yakin dengan corak mainan yang nampak possitive. Gandingan aman dan am di hadapan menghasilkan gol lagi,dengan badan am yang sasa dan kepantasan aman,aman pun menggolkan untuk menjauhkan jurang jaringan 3-0 kepada pihak lawan. Pada minit 30+mins(kali lah) pihak lawan pun menjaringkan gol hasil sepakkan penalti(maiji kali merabahkan strikernya). Inda lama lapas atu kana bolosi lagi gawang penggempur kerana kesilapan yang tidak ketara yang menyebabkan pihak lawan semakin merapatkan jurang 3-2. Pada ahir-ahir minit kan abis,aman mempunyai peluang yang baik.. hasil gerakan cepat dan larian yang cukup pantas,aman one by one dengan keeper lawan tapi tendangannya jauh tersasar(telabih ego kali aha).

Pada separuh masa kedua,penggempur telah menurunkan beberapa pemain yang baru, antaranya: alwi,cikang,cuzn cikang,eboy hengsam,udin dan nasrul. Penggempur menukar keeper saiful kepada morni,saiful jadi striker sekajap di atas tapi last-last main di bawah. Babak kedua ini,penggempur inda banyak melakukan serangan. Pihak lawan nampak yakin pada separuh masa kedua ani,banyak melakukan aksi yang mencemaskan di gawang penggempur,tapi dapat dihalang dengan baik. Pada minit yang keberapa lagi yang aku pun nda tau,hasil larian nasrul dan pasingannya yang nampak bagus(if nda kaluk la) kepada alwi,alwi tidak mensia-siakan lantas menanduk bola yang menyebabkan keeper lawan lemas dan menjadikan kepada 4-2 sehingga keakhir pemainan.

*notis:

Riman(salah seorang legend) atau lebih di kenali dengan nama ReQuelman tidak dapat bermain seperti biasanya kerna mengalami beberapa masalah seperti kurang rehat,kurang tidur dan terlalu banyak kerja dan satu lagi ia tebawa stupur carik. Oleh itu diharap para pengempur dapat menerima dan memahami situasi beliau. hehe..

Apa-apa pun tahniah kepada penggempur sekalian.. You all done a great job!... Tahniah! Tahniah!

" Doa usaha dan tawakal "

Tahniah Kepada AOM Ogos

yaa... di sebabkan awang apai@lanyau balum lagi meannounce siapa yan manang artist of the month. saya selaku salah seorang yang berkewajipan dalam blog penggempur,ingin mengumumkan bahawa pemenang ' Artist Of The Month' pada bulan ini(ogos) adalah Haji aji.. beliau telah mendapat undian yang banyak daripada penggempur-penggempur yang lain dan sememangnya beliau sepatutnya sudah lama menerima pengikhtirafan ini.

Tahniah kepada haji aji.. setelah di nobatkan sebagai AOM bulan ani,dapat lah beliau menguasai segala dan menggunakan kelebihan beliau sebagai artist of the month. bisai-bisai tah kamu main di mcfrm pasal aji memag berbakat dalam 'direct law' hehehehe.

sekali lagi Tahniah Haji aji!




" usaha doa dan tawakal"

Tahniah kepada Aku

Assalamualikum biskita...

terlebih dahulu saya ibgin mengucapkan trimas kepada awg anak kampung yang sudi meinvite aku .. dapat tah ku mengulah2kan blog ani hahahahaha tapi dengan yang baik lah.. asekkkk... au ehh.. tahniah aku!

Thursday, August 7, 2008

Motivation

Sementara menunggu post Apilarian.. yang di tunggu ramai pihak. Marilah kita merenung aspek motivasi. Dalam Human Resource Management 101, motivasi adalah criteria yang penting dalam engendalian organization. Sama lah juga dalam main bula.

Motivation usually dikaitkan dengan Self- Satisfaction and High Performance. So adalah penting untuk kita memerhatikan motivasi para penggemur dan halingaung.

Bagaimana kah kita dapat memotivasikan team atau diri sendiri. Mungkin Aman lebih tau pasal ia ada kursus bertalu tentang motivasi.. Tapi saya akan mengongsikan beberapa tips untuk terus bermotivasi.

Kita perhatikan Professional model (dari presentation J Jeffrey. PhD, Wayne State University), ada 3 component dalam professional model yang dapat mengubah motivasi kita.

Entertainment (Hiburan)

Dalam permainan bola kita kenalah daat berhibur. Di Mcfarm semenangnya tidak kurang dengan hiburan. Baru hari ini saya terhibur melihat ebui menjatuhkan Apai, and tecnique -'he fall like a lil girl' digunakan dengan begitu baik.. dan entertainment di exagerate lagi oleh Lanyau bila tampat nya rabah adalah tempat yang berduri!!! haha Pure class entertainment.

Ebui juga memunyai entertainment level yang tinggi dengan skill bola di kaki nya yang memberi nafas awda tidak akan pernah cukup apabila melihat nya. Dan teknik marking pemain c ebui is Out of this world. Dia hanya akan melihat muka pemain yang membawa bola ketika hendak mencuri bola. Nampak ganjil dan hensam jika awda melihat teknik itu. Memang menghiburkan!!

Dari Segi Entertainment memang inda Kurang kalau di mc farm, apalagi dengan adanya c ebui dan c lanyau. Seperti hendak bermain sampai dead leg saja, dan berharap malam ahir datang.. Tapi Everybody have their limit.

2. Success= win, dan 3 fail=loses dan injury
Ini adalah criteria yang ketara telah menyebabkan turunnya semangat dan motivasi penggempur. Kalah dari tournament, dan injury telah menyebabkan attendance di mc farm jatuh mengejut. Paling ketara apabila Halingaung Jatuh di tournament yang lalu. hingga kini populasi di mc farm masih belum pulih akibat motivasi yang kurang.

success pula daat di definasi kan dengan kemengan, score, good performance, banyak sokongan dan pujian dari pihak berwajib dan so on. Tapi kalau overall kalah, motivasi mungkin tidak akan bertambah setinggi yang diharapkan.

4. Environment (aku suka-suka menambah component)
motivasi pemain juga tertakluk ada environemnt seprti Euro, Premier League, Liverpool manag atau kalah, kalau kalah ramai tah yang main tu. Kan nyakit kan hati peminat liverpool, sama jua kalau Menchet kalah, Ramai tia yang main tu. Kalau Manang team cemani apatah lagi.. panuh akah padang.. ehhehe


Yang penting nya Apabila motivsi menurun, performance akan significantly menurun jua. So far, Penggempur berada dalam losing streak.. motivasi agak rendah bagi sesetangah pemain. menunggu remier league dalam seminggu lagi. Baik Lah berhibur di Mcfarm.. Selain dari menambah kan keserasian permainan, fitness, ia juga boleh menaikkan motivasi awda. Apabila motivasi Naik Maka Performance awda akan ketara meningkat.

Motivasi kan diri mu

'Usaha Doa dan Tawakal'

Saturday, August 2, 2008

Great Power Comes Great Responsibility

Manusia adalah makhluk yang mudah hanyut di bawa arus dunia. Semua berkejaran mencari nikmat dan meperolehi kuasa. Minggu ini, Lanyau atau nama blog nya apilarian, telah pun diberikan kuasa untuk menghias blog ini.

More power bererti Api seharusnya tahu akan responsibilty beliau akan meningkat. Tentang code dan Etika, dan freedom of speech semangnya ujud. Concept no strings attached selalunya akan membawa kepada choatic situation. Kadang-kadang lapik pun beguna jua.. hehe

Elakkan dari melakukan atau mengapikan kemarahan seseorang hingga menybabkan pergaduhan sesama saudara. Perkara yang sensitive adalah harus diperhatikan. Kalau ada masalah dengan hal ehwal dalam negri jangan tah kan di babut kemari.

Jangan menyebarkan ugama lain selain daripada Islam.

Jangan membuat onar dengan orang tua, meski pun dengan perkataan "Eh!!"

Jangan membuat promo tentang jualan atau bahan sendiri kecuali ia berpatutan.

Bantulah insan yang lemah

Berbagi lah informasi yang sihat untuk para halingaung dan penggempur.

Sama jangan luan banyak enter arah post mu atu.. banyak jua ko takan enter, sampai jauh dari satu paragraph dari yang lain. hahaha

Anyways, have fun la dengan authority yang telah ku beri. Kalau kana tarik balik kuasa atu, sememangnya pasti ada persetujuan dari parliment penggempur dan halingaung. hahahhaha

Peace

"Usaha Doa dan Tawakal"

(note: buat last skali usaha doa dan tawakal di penhujung post.. supaya rugged usulnya mamcam official.. dan sebagai renungan dan peringatan semua. untuk bulan ani lah.. ok)

Sakura Fall in Summer

Takziah dan dukacita akhirnya jatuh Sakura di musim panas..

Amin, Semoga berjaya di tournament mendatang!

Moment of silence........... (hehe)

Terima Kasih Daun Keladi

AHAHAHAH...



Siuk ta ku ni dpt nulis2.yahoo.trimas anak kampung atas kepercayaannya.n to ngaung2 n nyau2 semuha..help me to help you.



btw, blog ani ada kod etika ka? atau no string attached?.

Kalo bleh aku mau mau yg no string attached lah ah.free stlyer.bebas menyuarakan.bahuu (stail awg hadi) asikk. Mesti minta ijin dlu dr yg empunya besar blog ani.dahh anak kampung.

so nantikan post debut ku. mungkin lama pasal kan bersuai kenal dlu mmblog2 dangan ani.

Aku ni bahuu kan blajar juluk tibadak..galah patah ambilkan yang bahuu.aku ni bahuu kan blajaa lajaa...asanya salah a2, biaakan saja taya.

Friday, August 1, 2008

Sakura(team c Amin) in Summer.

Sakura, akan bertempur esok d ubd gym. LufBru tournament, Summer game.

Pada siapa kan meliat pertarungan Sakura akan bermula bermain jam 9am hingga jam 3 pm. sesungguh nya mereka mempunyai peluang yang terbuka menjadi juara. Kapten pasukan adalah anak kelahiran tungku Amin, mempunyai confident yang amat tinggi dan pastinya akan memberikan semangat lagi kepada team beliau.

Ada dua lagi penggempur yang ikut team Sakura, iaitu Ebui dan Nawi.

Kami akan menunggu kejayaan kamu..





New Administrator.. Lanyau!

Setelah di meeting kan, akhirnya api@special one, akan menjadi salah seorang administrator di blog ini. Email sudah pun dikirim..

Kita nantikan post pertama beliau.

So far, Administrator kepada yang tidak tahu: Hasbul, Aman, dan terbaru Api..

Peringatan: Stay in School, and stay out of drugs! :P