paste html code
counter

Sunday, June 29, 2008

LOGO untuk penggempur?

Hadri dan Hasbul telah pun bersetuju, untuk membuat logo terbaru untuk para penggempur. Jika berminat buat lah. Logo macam mana pun boleh di buat, ikut daya creativity masing masing. criteria yang penting adalah logo mesti ada gambaran "halingaung" dan "Est.08". heheheh kalau inda tau apa halingaung check post yang lalu. ada gambar halingaung.. OK.

Peraturan baru: Akta 1.2 Seksyen A II Half-time; tukar side

Peraturan baru ini timbul pada 2-3 hari yang lalu, iaitu pada 28hb june 2008. Selalunya, bagi yabg diundi bebulu akan bermain arh side yang hampir ke pagar, dan licin yang jauh. Dan akan berlangsung hingga tamat perlawanan.

Tetapi oleh kerana ada desas desus mengatakan (kurafat..ehehe), "sebalah sini payah kan score, rumput lah, cone lah,".. ini lah.. itu lahh.. maka untuk keadilan sesama penggempur, maka atas Emergency order yang telah pun di lulus kan dimana, pada half time akan berlaku pertukaran side. kalau ada half time lah jua (kalau terdengar azan maghrib)

Namun kehendak artis of the month start july juga harus dihormati jika, beliau mau let say bebulu start di sebalah hampir jamban (berlawanan dari tradisi bagi si bulu). Namun sistem haftime (jika berlaku nya half time) maka pertukaran adalah harus dilakukan.

(FYI, calon artis of the month akan dimuatkan dalam blog ini beserta gambar dan mungkin sedikit ucapan atau kata-kata sang calon.)



Wednesday, June 25, 2008

BESA 2- 0 Penggempur

Sekali lagi peggempur kurang bernasib baik apabila tewas ditangan BESA FC. juara Division satu. Tapi kali ini Lebih banyka peninggkatan telah pun ditunjukkan. Saya rasa perlawanan lebih dikuasai oleh penggempur di masa pertama dan kedua, lebih banyak serangan, dan lebih bergaya.

Di separuh masa pertama, cuaca yang begitu panas. Sangat panas! Maiji dan Hasbul ada membuat beberapa gerakan pantas namun percubaan tidak menpati sasaran.
kemudian diseparuh masa kedua, Aman dan Am, pada mula2 nya agak hambar. Tapi Peluang tetap datang, Aman dengan percubaan nya tepat kepada keeper. Ebui Hit the Post! Nasrul blast tersasar sedikit. Hasbul one-by-one, kana kaki keeper, Adol one-by-one, pun kana kaki keeper.

Namun mereka ada juga lah membuat serangan tapi wandy, yang semangat nya ujud kembali untuk menjaga gawang berkat Euro 08 dan Iker Casillas, berjaya mengalang dan sidikit malang apa bila bolos satu lagi, menjadi kan 2-0.

Dan akhirnya memang nampak improvement dari 5-1 tewas ke 2-0. dimana penggempur lebih agressive dan berkeyakinan.

Walaupun kalah, Tahniah! good game!

Tuesday, June 24, 2008

The Magnificent, Undisputed, No-Challenge, Majestical, Nda Baakal, Effective, Most Entertaining Duo!!

The Winner?? Siapa lagi kalau bukan Bahar dan Eiching. Vote yang hampir mencecah 30 vote. Tidak pernah Vote setinggi ini berlaku. Jika ianya berlaku pasti nya, Bahar dan Eiching saja yang dapat melakukannya.


Tag Team Champion

Daya tarikan Partnership of B and E, begitu ketara, menonjol dan sebati. Seperti api dan air, angin dan badai, aur dengan tebing, isi dengan kuku, bebulu dan licin, ebui dan hensam, Romeo dan Juliet, dan seperti Jack and Rose (dari cerita Titanic).

"c Bahar nganya paham..ehehe" kata c chai selalunya.
"aku tedangaa suara nya nganya.. nda payah ku lihat, tahu ku aah nya tu" comment Bahar.
(kurang labih lah cemani comment besia dulu.)

Dan sesungguhnya dengan kemengan ini, mereka berhak di berikan Bintang kehormatan.. tapi balum ada gelaran nya lagi.. give ur suggestion la untuk pangkat durang.

Tahniah dan Sekian

Friday, June 20, 2008

Halingaung


Scientific Name: Phanaeus vindex MacLachlan; Onthophagus gazella Fabricius

Halingaung atau dalam English nya.. Dung Beetle.. Yaa.. 'dung' = kotoroan(Tahi) ehehe. Ia adalah sejenis kumbang yang 'mengumpul' tahi dengan rolling sampai jadi bulat. Kumbang ini berguna dalam kehidupan supaya tahi tidak bejuiit dan kalau tepijak pun da banyak hantap. Pasal kana lalih udah. dan lagi Supaya ladang inda belangau dan kurang berbau.ehehe Walaupun kotor tapi kumbang ini di anggap insect yang menguntungkan.


(di zaman purba Egypt halingaung sudah pun mengukir sejarah sendiri..)


Kenapa kah dipilih nama team seperti ini di pilih oleh hj aji?
Because:

            1. nama yang unik
            2. pasal halingaung pandai main bula.. nada insect lain pandai..
            3. anjing laut pandai plg main bula.. tapi.. kuyuk haram! hehe
            4. mmmm...


(mengelicik bola dengan gigih.)




Berusaha lah halingaung!!

Semoga Berjaya!

Futsal Tounament!!

Ada futsal tornament futsal!! Nda salah ku tarikh tutup nya 5hb July 2008. Penggempur telah pun menyusun 10 pemain yang diplilih secara randomly convinent.
Team Name: Halingaung (mungkin saya patut membuat presentation tentang apa binatang halingaung nanti..)
Players: Saipul (GK), Aman, Kamal, Hj Aji, Maiji, Hadre, Bb, Ebui, Hasbul dan Azlan.

Ada banyak lagi penggempur yang belum di ambil untuk tournament. Jika tanggapan saya ini betul, ada lagi satu borang arah C Kamal atau Aman.

Sayang jua $1000!! hehehe

contact Aman for information. atau Org yg bertanggung jawab seperti yang tertera di atas.

Tuesday, June 17, 2008

ARTIST OF THE MONTH (JULY)



Siapakah yang layak di calon kan untuk artis of the month for july? Undian akan di ada kan minggu terahir bulan june ani. Api dan Ebui sepertinya sudah pun mula membooking tempat A.O.M untuk JULY ane. Dan ramai lagi yang mula menyerlah seperti pencalonan bulan June (bb,Miji, Aman, etc). Apatah lagi semangat Euro '08 semakin berkobar..ehehe

Untuk Motivasi penggempur, Pemenang A.O.M July ini akan di berikan hak memilih side untuk licin atau bebulu, dan MESTI pakai captain arm band. Pemenang juga akan mendapat kan kuasa untuk memutuskan keputusan yang rumit mcm handball ka inda? out ka? cematulah..mmm bulih jua masuk kan dalam CV biskita, sanang kan cari keraja aie lain.

Oleh itu berjuang lah. Peluang ini tidak harus di biarkan begitu saja. Siapakah yang harus di Calonkan? Setakat ani mungkin; Ebui, Api, Apip, Hasbul, Hadri, Aman, Aji, Bahar, Cigu, Aiman, Azlan, Miji, Anip, Kamal, Elol, Farouk, Uci dan.... Siapa lagi??

OK. Sekian.
"Yakin Diri Dan Discipline kan Jiwa"

Sunday, June 15, 2008

The return of Amin

Salah seorang penggempur, Amin kini tealah pun pulang ke tanah air. Sememangnya beliau adalah pemain yang digeruni dan dimasa yang sama di kagumi kerana dia bermain seperti dirk kuyt. Tak kenal lelah tapi ani lebih agressive. haha

bah Jangan lupa main bula d mcfarm, di musim percutian ini pasti mengasikkan.

Btw Selamat bercuti semua!

Besa FC memangnya kuat....5-1

Penggempur jatuh tersungkur di tangan BESA FC, 5-1. Tidak perlu dihuraikan bagaiman ia berlaku. Walaupun pada masa kedua penggempur bnyk membuat serangan tapi masih gagal menggoal kan. satu2nya goal adalah dari Miji, pada masa pertama hasil clearance hadri melepas kan miji. (malas kan mengulas kalau kalah..huhu)

Apa pun,penggempur tetap berbangga. kerana telah mencuba sedaya upaya. Chins up.

Cheers

Saturday, June 14, 2008

Tahniah Artist(s) of the month

Tahniah Aman dan Hasbul. Kedua-dua mendapat undian yang sama.walaupun mungkin mereka mengundi mereaka sendri..eheh Apa pun dengan ini, saya nobat kan mereka Artis of the Month bulan Jun ani, Sampai 11 Julai bulan dapan.





Adalah tidak pasti apakah ganjaran akan diberikan. Mungkin akan diberikan pujian saja,ehehe. Namun apa-apa pun tahniah di ucapkan.

Keep up the good work boys.

Legend Of Speed

Assalamualaikum wbk,

Kali ini saya ingin memperkenalkan salah seorang penggempur yang tidak asing lagi di arena bola sepak Kg Tungku, iaitu Awg Apeph atau lebih dikenali lagi dgn nama 'Legend Of Speed'. Mari ikuti interview saya bersama beliau... :)




Anak kampung: assamualaikum tuan legend of speed?

LOS: Waalaikusalam.. ot..

Anak kampung: berapa lama dah kita berkecimpung dlm arena bola sepak di kg tungKu ani?

LOS: anu wang memang ada.. di bawah katil ku.. astaa aku main2 saja hahaha... atu aku batah dah main ani,haie ku masih g di panggil 'Nesta'

Anak kampung: kira kira berapa tahun dah tu? Nesta ni sapa lagi yang menggalar?

LOS: nda ku berapa ingatlah.. tau tau aku main tia di kampung tungku ani.. yang memanggil aku nesta ani anak2 kampung di sini jua.. mostly nya yang legend lah yang manggil..

Anak kampung: kenapa kita kana panggil nesta and legend of speed anikan?

LOS: hahaha soalan bonus ni.. umm... nesta atu banarnya aku dulu main depen,aku main g karas.. payah penyerang2 penggempur kan dapat melapasi aku,pebaik si aman tu tuh.. au..
yang legend of speed ani udah ku naik pangkat jdi midfld.. aku g beskill mcm c boy hensem,p aku beskil tym urg nda ngaga lah sal sanang ku kluarkan skill hahaha... udah ku skill ku bwa sprint.. iatah ku kana panggil legend of speed(walaupun meningkat mainan ku tapi speed ku masih stay)

Anak kampung: di antara penggempur2 tungku,siapa yang kita rasa bnyk bagi saingan arah kita?

LOS: ahh.. ada tu,sowang atu banci ku kan ia tu.. tau ia udah aku ni legend of speed.. suka atinya kan bawa aku sprint.. aku mun ia yang bawa bula,ku hambat eh.. ku slide tu pebaik ia sampai injurt.. hahaha p sayang lah.. nda kedapatan sja ulih ku mun kan di slide.. laju!!

Anak Kampung: lastly ada apa2 kan kita sampaikan arah orang kampung?

LOS: aku harap urang kampung banyak belatih lagi lah.. iatah ku malaskan datang main.. nada challenge bah.. baik ku main ah lain.. lagi bagus.. bah atu saja tah.. ngalih ku dah kan becakap ni.. assalaimualaikum..

Anak kampung: Waalaikumsalam..

---------sssssss----------------
PROFILE "Legend of speed"
Attriute: Overall: 3/5
Position: Def, Gk, Mid.
Type: Skillfull and "Speedy??"
Attack: 5/10
Defend: 6/10
Stamina: 5/10
Agility: 6/10
Speed: 5??/10
Dribble: 8/10
Sliding c aman!!:9/10
Passing: 4/10 (Dribble dulu 2, 3 orang hehe)
Shoot power: 5/10
Shoot accuracy: 6/10
technique: ??/10 unique
Response: 5/10
Finishing move: "Kekanan kah ke kiri!?"


Walaupun belum banyak sejarah yang dicipta didalam competition2 yang ada. Namun beliau adalah pemain pertama yang dapat meniru signature move c api,(walau pun tidak sehebat api tapi adalaaa...). Pemain yang jujur sebelum dia terdedah akan selok belok bolasepak. Sekarang ini apeph adalah seorang yang berjaya dalam hidup, mampu berdiri sendiri. Dan kerana kerjaya nya sekarang beliau terpaksa mengurangkan masa bolasepak nya.

Kami mengigati PepNesta@ the Legend Of Speed.

Monday, June 9, 2008

Next Profile???


Profile siapa kah yang patut di buat (atau pun direka) lagi?

Ebui?? Aman?? Bb? Anip? Legend of Speed??? atau siapa-siapa??
Sila comment atau tinggal kan msg biskita.. k.

----------xxxxxxxxxxxxxxx----------------------------------

Ternyata anak kampung akan membuat profile peggempur 'Legend of Speed". Sekarang profile adalah dalam process pemuatan ( mengumpul maklumat dan exclusive interview dari legend of speed @ apep@ nesta sendiri.)

Sunday, June 8, 2008

8/6/08- tungku 1- orang jahat 1

Perlawanan bermula jam 4.50pm. Cuaca yang cerah/mendung ini penggempur yang mula beraksi di separuh masa pertama adalah, Saiful, Hardri, Aiman, Asid @ carragher, Anip, Bb, Kamal, Cigu, Aman, Hasbul dan Cikang.

(Untuk pembetulan, orang jahat yang di maksud kan bukanlah orang putih seperti yang diharapkan.)

Penggempur bermula dengan baik di separuh masa pertama, banyak membuat serangan kepada tim lawan. Seharusnya dapat mendahului tapi Hasbul gagal menyudah kan through pass yang cantik dari Aman. Aman mempunyai peluang tersendiri apabila Hasbul melepaskan bola kepadanya secara tidak sengaja tapi shoot yang di buat ternyata control belaka. mudah untuk penjaga goal. Bb juga membuat rembatan kencang namun hanya melihat keeper durang beraksi tangkas. Hadri yang mempunyai power blast free kick dari jauh, mungkin dari tengah padang ( atau aku labih2 hehe) tapi sayang off target dalam beberapa meter. hehe

By the way, team lawan score 1. Tapi tidak ingat bagaimana ia berlaku.. mungkin kerana defender Tungku menarik offside hampir separuh padang. Apa-apa pun scoreline half time 0-1.

Diseparuh masa kedua; Tungku menurun kan Team ke 2.ehehehe. Terdiri daripada Elol, Udin, Raman, Aji, Api, Radi, Am, Wandi, Alwie,Udin dan seorang pemain import. Walau sudah ada team ke dua, tapi Ebui, masih lagi ada available arh bench. (Bukan saja whole team betukar, Bola perlawanan juga telah di tukar.)

Memang sparuh masa kedua, tidak banyak serangan berlaku. Sampai masuk nya Ebui yang hensam. Hantaran Api, sama macam Gio melintang lalu mencari Ebui. Tapi atas kehensaman nya, Ebui di jatuhkan dengan macho sekali!! ehehe

Free kick specialist, Radi tampil kehadapan. Walaupun penyokong-penyokong yang ada (terdiri dari team 1st half) mahu melihat ronaldinho membuat lencongan. Tapi Radi ternyata adalah pilihan tepat kerana sepakan nya telah menyelamatkan para penggempur apabila beliau menjaringkan goal cantik menewaskan keeper yang tidak terdaya mahupun berupaya menghentikan Radi. Highlight juga diberikan kepada Defender 2nd half (Aji, Raman, dan Udin), yang begitu cool memerangkap Offside dalam mungkin ada dalam 20 kali berhasil. hehehe sekadar membesar besar kan cerita.

Ahirnya Perlawanan berahir 1-1. Good Game.. Good game.
Sekian.

Friday, June 6, 2008

Next Feature 8th June

Perlawanan penggempur penggempur seterusnya adalah pada 8 haribulan June 2008. Bertempat di Padang Maktab Duli. Jam 4.30pm

Orang jahat yang akan di lawan adalah orang RBA. Record perlawanan di antara kedu-dua team adalah dikira seimbang. Dan kali ketiga ini adalah pasti lebih seru. Dijangka penggempur akan bermain mati-matian. ulasan dari salah seorang penggempur.

Formasi team, adalah tertakluk kehadiran penggempur. Selalunya 3 defender lebih effective dari 4. mungkin formasi akan di kekalkan.

Menurut analisa kami Professor Kuroba Suzomo dari Jepun mengatakan " Dhizz macchhh will bhee vferry intarasthin. anooo.. i hope that thisz tonko will shoo thhiee skill.. oh.. oh.. arigato and sayonaro to oposssition"

Probable Starting XI:
1. Elol 6. Hasbul 11. Azlan
2. Hardi 7. Ebui
3. BB 8. Cikang
4. Aman 9.Miji
5. Aji 10.Sabtu

(tertakluk kepada perubahan)

Saksikanlah kehebatan penggempur-penggempur dalam misi menumpaskan lawan nya.
Sekain, Majulah Sukan untuk Negara.

Ucapan Alu-aluan dari tetamu kehormat.

Assalamualaikum.. saya FORGOTEN LEGEND TUNGKU@lanyau selaku pengasas blog ani, ingin memberikan sepatah dua kata untuk tatapan abiskita.

Terlebih dahulu saya ingin megucapkan berbanyak terima kasih kepada anak-anak buah ( legendary sehingga ke rising star) kerana tidak henti-henti menyokong & memuji saya tnpa kenal erti penat dan lelah.

Selaku jaguh kampung no.1, saya juga di kenali sebagai Ronaldinho, Buffon, Gio Van Bronkost, Kaka, Maradona, dan malahan juga ada yang memanggil saya Pele'. Pernah sekali atu di sangka kan pemain kebangsaan oleh orang yang tidak dikenali (perantau yang join main). Disini lah teserlah kehebatan saya selaku Captain yang tidak bertanggung jawab hahaha.. saya cuma bergurau.

Pencapaian saya yang terbaik adalah menjuarai ERA futsal2004 (walaupun saya tidak hadir final), Anjuran tungku 2005; tricky master (lihat gambar di bawah) dan Artist of the Month di kampung selama 2 bulan berturut-turut.


PROFILE:

rating overall: 4/5 ( )
Foot: very Left footed
Skill: 8/10
Stamina: 9/10
Discipline: 4/10 (atu pun kawan kawan, kadang-kadang org kampung lupa kan aku)
Team Work: ??/10 ( batah sikit, mesti dapat finishing move ku baru ku passing)
Yakin Diri: 8/10 (di kampung saja, padang basar lain cerita.. hehe)
Balance: 7/10 (macam rumah badan ku)
Speed: 7/10
Shooting power: 7/10 Accuracy:8/10
Signature Move: "Patahan Maut Ronaldinho"


Dengan kalimah Bismillahirahmannirahimi, saya merasminkan blog penggempur-sejati dan medoakan agar ia akan terus maju jaya dengan bimbingan saya yang hebat.

Sekian

Terima Kasih