paste html code
counter

Thursday, December 25, 2008

Latest update!

Format perlwanan

Group stage:
7 min per half

Knockout stage:
Quarter -final
7 min per half

Semi-final and Final 
10 Min per half

Perlawanan di UBD, Bermula 7.30 am (Sharp) 

Penyampaian Hadiah pada 31 Dismeber 08, malam di rumah Aji. Tarus BBQ. Dijemput hadir adalah Salim (Ketua bahagian Sukan) dan Ketua Kampung. Bahagian Protokol sila ambil maklum.

Adalah diingat kan pada yang ingin membawa adik-adik atau paadian sila lah bawa time hari atu, gerenti boleh masuk team.

Diingatkan juga pada Bibi dan Kamal untuk mengurus kan keperluan Logistik arah manager UBD.

Disini juga disertakan list yang di update kerana widrawal pemain.



FYI: Sejarah Futsal Tungku O7
watch out for these players..

Champion o7:
Hasbul
Aman
Alwie
Kam
Jiman
Eiji
Murni

Top Scorer 07:
Ebui (11 goals)

Pemain Terbaik 07:
Alwie

Pemain Harapan 07:
Bawi

Selamat berusaha

"Kampungku Rumahku"

Monday, December 15, 2008

Agenda 4 Pemilihan Pemain

Quota Random Selection telah menyenaraikan team team berikut. Setelah beberapa jam bergelut dan berkelahi membuat rate ahirnya mesyuarat dapat membuat nya tanpa menumpah kan darah.hehehe dan ini adalah team awda sekalian. Jika nama awda tidak termasuk. just inform si Hasbul Atau Bb atau Datang saja time 28/12/08 kerana ada tim yang pasti kekurangan pemain tu.

Ketinggalan nama bukan lah disenghajai tapi kekurangan update database kami.hehe

Nway, Selamat Bergempur

"Bersiap Lah Tuk Jadi Pemenang"

Welcome to Tungku Futsal 2008

Meeting MPK bahagian bolasepak telah pun berlangsung semalam. Diresotran mewah serba cukup kelengkapan untuk bermesyuarat.

Berikut adalah agenda Meeting tersebut:

1. Bacaan Surah Alfatihah
2.Ucapan Alu-Aluan Pengerusi
3. Perlantikan AJK (malangya saya lupa mengambil list tersebut)
4. Format Perlawanan
5. Pemilihan Pemain
6.Hal-Hal Lain

Kita terus saja melompat ke agenda 4 pasal agenda 3 saya terlupa mensave.. saya akan sampai kan kemudian jika saya dapat menghubungi Rady.

Format perlwanan:
  • Terdapat 12 Team
  • 8 Pemain(Termasuk Keeper)
  • Yuran perlawanan $50 setiap pasukan (pembahagian tertakluk kepada inisiatif pasukan)
  • Perlawanan akan secara group stage, dan kemudian knock out
  • Peraturan Standard Futsal (tidak ada sistem AoM dapat memveto semasa perlawanan)
  • Setiap pasukan dijangkakan mempunyai set baju team (atau dress code yang sama.Ketua pasukan harus menyediakan pemain pemain sebelum begempur.
  • Keputusan pengadil adalah muktamad
  • Jika hendak membuat bantahan hendaklah ditujukan persuratan rasmi kepada AJK tertinggi bahagian sukan dan bayaran $500 (hehehe ku antam)
  • Maki hamun seperti F#%k word adalah dilarang keras sama ada didalam perlawanan atau pun diluar gelanggang
  • kasut hendaklah khas untuk bermain didalam dewan. bukan yg untuk turf.. takut membahayakan nyawa org lain, dan sekuriti sana mungkin nda menyuuh jua. So kalau nada bali
  • Shin guard jua.. disaran kan pakai.
  • sebarang kecederaan adalah tanggung jawab pemain sendiri. Pihak Penganjur tidak akan bertanggung jawab atas sebarang kecederaan.
  • Barang barang pemain adalah tanggung jawab pemain sendiri, sebarang kehilangan, pihak penganjur tidak akan bertanggung jawab.
  • Tanggung jawab penganjur adalah memastikan kita semua bergembira dan saling menyayangi antara pemain pemain.
Saya akan mempost senarai tim selepas yang satu ini (iklan....)
Ber Right Back



Thursday, December 11, 2008

Apa Ada Dengan Hadri?

Tahniah...Tahniah...Tahniah
Tahniah kpd Awg Hadri krna tlah dipilih sbg AOM bulan December. Mmg layak selayaknya beliau mendapat anugeraha 'Artis Of The Month' pada bulan December yg tersayang ani.
Terpilihnya beliau bukan sekadar kalok atau apa jua isu2nya...tp kualiti yg diberikan oleh beliau semasa didlm pdg mahupun d luar sgtlh didambakan setiap makhluk alam yg bernyawa dn tidak bernyawa. Tiada apa yg perlu saya perjelaskan lagi kepada anda anda semuha. (anda semuha lebih bijak menilai akan THE ULTIMATE 'awg Hadri').

keKARASan Hadri - keta kabal
keRANGGAan Hadri – The hair says it all (yg dlu). Aww~ seksiii.
keKREATIFan & kePUITISan Hadri – miracle~~
keCALIan Hadri – baie pacah paut
keENTERTAINERan Hadri – Cuba suuh ya menyanyi lagu2 Nidji. :)
keCOOLan – alah johnny deep (lihat cara beliau dribble bola)
(byk lg ke....an c Hadri ani. Nda tekia byknya. Iata mls ku nyabut semuha)

p/s: Beliau org yg mula2 memperkenalkan aku dgn dunia basi. Mr Ampuan bterima kasih.
Untuk itu, aku dgn rasa rendah diri kan bg puisi ahh awg Hadri. Especially for u man dn tuk tatapan ngaung2 semuha. (Aku/ku : Hadri)
Ku lari k Mc Farm kemudian berlariku
Ku lari ke pdg kemudian main bolaku
Sepi sendiri aku
Baie banci
Aku kan nglicik
Aku mau dipadang
Bosan aku dgn c Hapi
Kan beskill tia ganya
Seperti apa iya
Jika ku ngantak batisnya
Tandang saja bolanya
Biar jauh
Biar aku ambil sendiri ahh samak
Ah,...ada c aji, c arman, c hasbul menyulam jaring dipin
Kenapa tak ku kelicik saja bisia?
Biar mampos
Atau aku harus tandang lagi
Belok ke duung?
'semakin cinta semakin rindu'

Wednesday, December 10, 2008

Tungku Futsal 08

This time, its official....

Anjuran akan diadakan dibawah naungan yang berregister kebangsaan, iaitu MPK (Majlis Perundingan Kampung).. Ia akan di lancarkan pada 28/12/08..

Sebelum itu perkenalkan jawatanakuasa Bolasepak under MPK
Pengerusi Bolasepak (Baru) Amir Redzuan atau yang pasti lagi spelling lurus Rady!
T.Pengerusi - Nasiq @ Jabik
SetiaUsaha- BB @ Ede Fadle
T.Setiausaha- Hasbul
Bendahari- Hj Razak @ Paadian c riman.. laki si... fatmah kah?? (ntah eehhh nda ku ingat laki siapa haha)

Btw pada Aman yang tidak hadir meeting, juga telah dilantik menjadi Bendahari menyeluruh bagi bahagian Sukan. Tugas beliau adalah mengutip Wang Dan memasukkan kedalam bank. Sir Amir Seth akan menjadi Audit nya (juru kira)

Ahli adalah semua penggempur, C bb ada list nya.. hadri, Ebui, Apep pun masuk nda salah ku. Semua la kali.. kecuali C apai

Back to the tournament..

Apakah pandangan awda tentang tournament ini.. bagaimana para penggempur mahu ia nya diselenggarakan?

Pemilihan Team? Secara Random? atau Quota Random?

Random adalah random berabis tuu.. kalau ada Quota, macam tournament lapas dimana pemain dibagi bintang dan dibahagikan kepada team dalam 2 'star' seteam.. Atau dilantik captain untuk memilih pemain sendiri (interesting?).. Atau Macam mana?

Kerana perkara ini belum dimeetingkan lagi, meunuggu kelepasan Pihak Atasan.. maka berikanlah pendapat awda semua. mungkin dapat membantu memeriahkan lagi tournament ini..

'Semakin hari Semakin Cinta'

Friday, December 5, 2008

5G - unveil

Terkeduhung telah terlihat nya post official pertama apilarian, saya telah pun mengupas rahasia awang hasbul mengenai 5G lamunan terhenti!

Asal Usul 5G

5G ani adalah diambil nama sempena tarikkan gravity. Tapi selalu nya tarikan gravity kebawah yakni ke bumi tapi kata awang Apai, kalau 5G ia akan terbalik, yakni melambung ke udara.











Terciptanya skill ini mengikut awang Hasbul bukanlah berniat melukakan hati seseiapa.. ini adalah pure reactive dan bergantung berat pada Speed larian Awang Hasbul.. Tapi memang tidak dapat dinafikan jika sudah terkena, memang sakit tidak kepalang.
Science of 5G
Seperti ujar Apilarian, lambungan bola yang indah keatas kepala pemain lawan akan membuat orang terhenti.

Logik nya dalah kerana konsentrasi pemain lawan untuk merebut bola sudah tertumpu, tapi secara tiba tiba bola hilang, dan darah akan rush ke otak membuat segala nya indah, seperti berada dalam slow motion, dan hanya akan dapat melihat pergerakan Hasbul sudah pun berlari kebelakang pemain lawan. Visi 5g dari belakang juga dapat dilakukan tapi ini adalah lebih sukar dari 5g biasa.









How to beat 5g?
1. Jangan di aga secara terus jika bola dikaki hasbul ada melambung sedikit dari tanah.. kalau hendak selamat.
2. holding supaya tidak terpedaya.
3. Bersedia untuk dilambungi jika bola terlambung sedikit.

Sekian, Selamat mencuba dan dicubai.

"Semakin hari semakin cinta"

Tuesday, December 2, 2008

Skil bolasepak terhebat

Lupakan ronaldinho, ketepikan kaka, cristiano ronaldo mahupun messi.


Di bawah adalah antara list skil bolasepak (alum semuha) paling hebat pernah dicipta oleh manusia. Tidak ada yg setanding yg dpt melawan keanggunan, kemautan, kejituan, keefektifan, keberkesanan, kekeliruan dan kebatinan skil ani. Manis dipandang mata tp pahit hati yang merasa.


1. Lambungan lamunan terhenti '5G'.
Skil membinasakan kesihatan ini telah dicipta oleh sang penggempur versatile iaitu Awg Hasbul. Skil ani sebenarnya telah dibanned kegunaannya oleh jawatankuasa Kg, kerana byk melukakan hati pemain lawan secara permanent. Tetapi beliau berkeras hati untuk ttp mempraktikkan skil ani sewenang-wenangnya sehingga byk mangsa hilang karier bola sepak dn hilang mata pencarian.



Skil ini dilakukan dengan melambungkan bola diatas kepala pihak lawan dengan so beautiful dn lembut. Ini membuatkan pemain lawan diam terpaku, terpana, terbata sehingga tiada kata mampu terucap melainkan mendapat lamunan terhenti.


P/s: To Hasbul...plz.sudah ta makai skil ani.


2. Hilai tawa membawa duka sengsara.
Liau Hj Aji yg lebih dikenali sebagai the godfather aka pemain kebangsaan telah mencipta skil berunsur kebatinan dan psikologi. Ia dinamakan skil hilai tawa membawa duka sengsara. Skil ini sangat sesuai dilakukan oleh defender dalam situasi merabut bola dgn streke atau winger atau midpil.



Ia dilakukan dengan cara berlari menguyung pemain lawan sambil tertawa semanis2nya tanpa henti. (Keyword: Tertawa semanis2nya.) Mendengar hilai tawa sang aji yang lunak akan membuatkan pemain lawan hilang pedoman lalu ikut tertawa bersama dengan penuh keriangan. Lalu, sang aji dengan lahap dan kejamnya akan merampas bola di kaki anda.


3. Senyuman manis mengulit kenangan lalu.
Arman merupakan pemain yg serba serbi lengkap. Physical, attitude, lifestyle seorg pemain bola yg disegani. Mempunyai secret weapon iaitu senyuman paling manis lg menawan kalbu. Skil ini dilakukan beliau ketika hendak melapaskan pemain lawan. Hanya dengan mengukir senyuman, pemain lawan yang terpandang akannya... serta merta tanpa disedari akan hilang akal, pendirian dn pedoman. Lalu arman akan dapat membolosi pemain tersebut dengan senang lenang with larian kencang.


4. Pegangan kemaluan meragut kesucian.
Skil ini merupakan skil bolasepak yang paling unik diantara yang paling unik. Dipelopori oleh sang penggempur yang tidak asing lagi diarena bolasepak dan bina badan. Mempunyai susuk badan yang amat basaa alah hotel.(Wow~)..memperkenalkan Cekang/Cikang. Skil ini sangat sangat efektif digunakan ketika berada dalam situasi merabuti bola dr pihak lawan.


Skil ini dilakukan dengan memicik bahagian kemal*an pemain lawan dengan tangan dan senghaja. U heard me...senghaja memicik tanpa perasan malu. Skil ini mengakibatkan trauma kepada pemain yg dipicik. Kehilangan moral, arti hidup dan kesucian yang dijaga bertahun2 lamanya akan hilang sekelip mata jika Awg Cekang menggunakan skil ani. So..hati2 sang pengempur jika anda kan mengelicik cekang. Baie hijabb....

"Semakin hari semakin cinta"

Tribute To Amin

Bulan ini kita akan menyuluh kan seorang penggempur yang Ganteng, karas, dan "pemajal".. tidak perlu bertapuk tapuk lagi, beliau adalah Amen! dan Tidak Hairan lah jika Arman Memasukan beliau dalam 12 orang dream tim nya..

Amen sekarang berumur 24 tahun, dan mempunyai jiwa bola yang berbeza dari penggempur lain. Memang tidak ramai yang sama liga dengan beliau. cara bermain, Larian, Skill dan so on sememangnya amat unik dan 'Agressive'.

Attribute of Amen:
Right footed
Agression:10/10
Mentalilty:9/10
Skill:5 jika dibandingkan sama ebui
Shoot Power: 7
Accuracy:5.9
Attacking: 6
defending: 8
Body balance :8
Team Work:9.4

Registered position in our record : RB
Tapi Dapat jua diayaukan jadi DMF,CB,LB

Commitment dalam team adalah attribute yang paling ketara untuk Amen, Segala Titis Peluh dikeluarkan untuk pasukan. Pernah Sekali Habis Badan Beliau Cramp, i mean Whole badan.. kerana habis tenaga digunakan untuk membantu team beliau!

Tidak pernah terjadi kejadian seperti ni, malahan doktor sendiri tergamam melihat apa yang terjadi.

"Nda Baakal!!" uja doktor tekajut melihat reading arah aparatus nya. Tidak normal to the exterme lah bacaan nya.

Bulan ini adalah bulan untuk kita renung inspirasi Amin! 100% berjiwa penggempur! Semoga para penggempur dapat belajar sedikit pun jadi tah mengenai komitment beliau!

Terus Bertempur Amin

" Menuju kearah hari yang cerah"

AoM December

Bulan december sudah pun bermula, Marilah kita nobatkan Artis of The Month bulan ini.. Saya ada memerhatikan calon yang begitu jitu dalam persemabahan mereka

1. Awang BB - The Asssasin
dalam satu hari, dalam masa kurang dari 10 minit telah berjaya mengijuredkan 2 orang secara tidak sengaja boleh dianggap satu pencapaian yang hebat. Disamping kedatagnan yang memuaskan.

2. Awang elul- Naruto
walaupun skill nda berapa tapi mempunyai hati yang kuat. Seperti Naruto!
dan gelaran ini juga kerana baju oren hitam oren nya yang menyerupai Naruto!

3. Awang Hadri- Kereta Kabal!
Seperti nama nick yang diatas Kereta Kabal! tembakan power! dan sekali sekala menepati sasaran!

4. Awang Hafiz - Pheonix (kawan c hasbul ukan apis hasan)
Pengenalan semula beliau di kacamata penggempur telah pun menarik perhatian pengggempur,
Dulu beliau pernah berlatih dengan intake penggempur sejati (aman, amin, jabik, hasbul, apai, ebui etc) namun ada masalah teknikal telah menyebabkan beliau berhenti seketika dari latihan dan setelah beberapa tahun beliau telah kembali dan kembali telah beliau

5. Awang Aman - Kage -Bunshino- Jutsu!!
Jurus yang terkenal dalam animae naruto Kagebunshinojutsu! Yang basically jutsu membahagi kan badan menjadi banyak, atau simplenya cloning! aman jika bermain dianggap seperti 2 atau tiga kadang kadang 5 orang! hebat!

Inilah calon calon terhebat yang akan dinobatkan kelak!

Selamat Berusaha!