paste html code
counter

Saturday, November 1, 2008

What i have done??

Assalamualaikum.. terlebih dahulu aku kan memuhun maap arah biskita pasal batah dah nda ku update blog ani,laptop ku binasa iatah ku payah kan online hahahaha... okeh! sekarang aku kan bual-bual tentang cerita terbaru yang berlaku kepada kampung dan para penggempur.

28 hb oktober jam 4:15pm, pertempuran yang tidak asing lagi di antara para penggempur dengan Pejabat Buruh@team riman telah berlangsung di padang kebajikan. keadaan cuasa sangat cerah dan mengizinkan,tetapi penggempur banyak yang aher datang(temasuk aku hahaha) iatah dalam pukul lima lalu baru tah start main. Mungkin banyak keraja yang perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum kepadang, macam aku andang balik kul 5pm hehehe....

Separuh masa pertama, kesebelasan utama yang diturun kan oleh penggempur ialah; uci,hadi,cikang,nadin,sudirman,sabtu,haji aji,kamal,jabik,wandi dan bibi. Masa ku datang, pejabat buruh mendahului dengan jaringan 1-0. Para penggempur banyak melakukan asakkan tetapi kurang bernasib baik dan keputusan tetap sama sampai aher babak pertama.

Di separuh masa kedua,para penggempur hanya bermain selama 10min+ pasal aher main dan maghrib awal. Beberapa pemain telah ditukar, pemain yang masuk iatah maiji,aman,adul,asbul,bahar,alwi dan saiful. Penggempur sangat terdesak pada babak kedua ani, udah tah kana leading,sekajap lagi tu main. Dengan usaha dan confident level yang cukup tinggi, jaringan penyamaan pun terhasil oleh adul,hasil mainan cantik aman dan pasingan sudirman yang tepat kepada adul yang berbadan sasa, sukar untuk pertahanan buruh menghalang adul membuat rembatan kencang di dalam kawasan petak D lantas menumpaskan kipa lawan dengan mudah. Pada masa-masa kecederaan,sekali lagi gawang pejabat buruh ahernya bolos. Hasil pasingan aman kepada adul dan adul sekali lagi menggunakan tubuh nya yang sasa menyukarkan pertahanan buruh untuk merebut bola lalu membuat hantaran lintang yang disambut oleh jabik dan sekaligus menewaskan kipa, keputusan 2-1 tidak berubah hingga ke akhir perlawanan.

Tahniah kepada para penggempur kerana telah berjaya menewaskan musuh yang boleh di katakan ketat pasal riman arah buruh hehe.. okeh atu ja yang dapat buat masa ni. kepada lanyau@apai jangan lupa update blong ani,liau atu ada class sekali seminggu ja. Jangan kan menabur banih saja hahahaha... sekali lagi tahniah!

" Rezeki seorang-seorang "

No comments: