paste html code
counter

Wednesday, September 3, 2008

Apai@lanyau kini ditemui!!!!

Sebelum ini kita telah dikejutkan@digemparkan dengan bertia di manakah hilangnya sang penggempur yang bernama apai@lanyau. Diri beliau tidak lagi kelihatan mahupun keretanya di kawasan kampong kita sehingga banyak pertanyaan dan soalan-soalan yang bermain di setiap fikiran para penggempur yang lainnya.

Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan salah seorang penggempur iaitu awg aman@spk#4 dan mendapat info bahawa awg apai sudah pun ditemui. Aman ada memberitahu saya bahawa dia telah bejumpa awg apai di halaman chat msn. Walaupun bukan secara bersua muka,aman pasti itu adalah awg apai. Menurut apa yang saya dengar dari awg aman,apai telah menghilangkan diri kerana sedang bertapa ilmu kuning. Mula-mula saya sangkakan ilmu pantak terbaru yang beliau tuntuti tapi aman menerangkan bahawa ilmu yang beliau apai tuntuti itu bukan lah ilmu jahat mahupun ilmu guna-guna untuk perempuan,sebaliknya ilmu tersebut ialah ilmu masakkan nasi kuning. Awg apai telah belajar memasak nasi kuning ketika ini kerana sudah bosan menunggu main bola di mcfrm. Aman juga menambah info nya bahawa awg apai telah memutuskan talian bimbitnya kerana tidak mahu diganggu oleh orang ramai ketika dia sedang bertapa. Mungkin juga beliau takut banyak tempahan nasi kuning di waktu bulan puasa ini,apalagi di bulan syawal yang akan tiba. Apa-apa pun rasa bersyukur kita kepada Allah SWT kerana telah mengembalikan awg apai ke jalan yang benar. Selain itu kita haruslah bangga dengan pencapaian beliau yang mengharumkan nama dan meningkatkan lagi ekonomi kampong kitani.

Oleh itu sama-sama lah kita berdoa di bulan yang penuh rahmat ini,akan kesihatan tubuh badan dan agar mendapat puasa yang penuh di sepanjang bulan ini. Apa yang baik datangnya dari Allah dan apa yang buruk datangnya dari kelemahan kita sendiri. Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh para penggempur dan penduduk kampong.


" Usaha Doa & tawakal "

No comments: