paste html code
counter

Friday, January 30, 2009

Assalamualaikum para-para sang Penggempur

Nampaknya blog penggempur mulai pudar.. adakah ini berkaitan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di Brunei Darussalam, selain itu juga kelibat dan aksi para penggempur di mcpam tidak lagi kelihatan. Sudah hampir sebulan penggempur tidak menggempur di mcfarm, pernah juga mencuba untuk bermain padang basar tetapi kansel pada saat saat terakhir..

Memang tidak dapat di nafikan keadaan hujan yang hampir setiap hari turun telah menjejaskan sang penggempur untuk bermain bola, bah kan para penggempur terpaksa melakukan aktiviti sukan lain seperti, angkat basi, badminton, ping pong dan sebagainya. Mujurlah para penggempur ini mempunyai jiwa aktif dalam diri masing-masing, setidak tidaknya mereka melakukan sesuatu yang bermotifkan untuk kesihatan.

Pada hujung tahun yang lalu 28 dec 2008, ahli majlis perundingan kampung Tungku telah mengadakan perlawanan Futsal. Laporan pun telah di post oleh anak kampung dan senarai nama-nama pun juga telah di beritahu. Saya akan mempostkan keputusan perlawanan nanti kerana belum menerima gambar-gambar pada hari tersebut daripada awg hairi. sampai disini sahaja dahulu hehehe.. Salam...


" duduk sepi melihat awan "

No comments: